tercengang jugak la aku baca mesej yg diterima....read this !!!! da la time aku baca..backgaround music anuar zain untuk OST merong mahawangsa....tetiba jadi sayu...iskkk....adakah pulak tetiba aku sayu...geli arh!!!
sambungan di bawah......
" Pada suatu hari di sekolah, seorang murid bertanya kepada guru. Ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang.
Pelajar. " cikgu ! macam mana kita nak pilih sesorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang? macam mana pulak nak jaga kasih sayang itu supaya berkekalan "
Cikgu. " OK...kamu ikut apa yang saya suruh. Kamu pergi ke padang . Kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu. Pilih yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dah petik rumput yang paling cantik. Kamu bawa rumput itu ke kelas."
Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun ditangannya. cikgu bertanya " Kenapa tiada rumput yang dipilih."
Pelajar. " Tadi masa saya berjalan , saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik, tapi cikgu kata petik yang paling cantik, maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik, tanpa menoleh ke belakang lagi . Tapi sampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada diantara yang dibelakang saya tadi ada rumput yang paling cantik, tapi dah cikgu cakap, tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiada lah rumput yang saya boleh petik. "
Cikgu. " Yaa, itulah jawapan nya. Makna nya apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang boleh kita sayangi ,janganlah kita mencari lagi yang lebih baik dari itu. Kita patut hargai orang yang berada didepan kita sebaik baik nya. Jangan kita menoleh kebelakang lagi kerana yang berlaku, tetap dah berlaku. Semoga yang berlaku tidak berulang lagi. Dan ingatlah orang yang paling kita sayang itulah yang paling cantik dan paling baik. Mahupun kalau di ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. "
doa kan untuk semua... |
sambungan di bawah......